SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI BANDAR BARU BANGI

BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN

SRAIBBB 2008

BERITA/ AKTIVITI

1. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL FITRI

2. JUALAN AMAL SRAIBBB-PIBG

PIBG dan sekolah melancarkan jualan amal bagi memungut derma untuk perbelanjaan PIBG dan sekolah (Pembangunan). Kita sedia maklum dana PIBG agak terhad dalam membantu melancarkan proses pembelajaran di sekolah, mengadakan aktiviti-aktiviti semasa dan menguruskan prasarana sekolah. Marilah kita sama-sama membantu menambah tabung PIBG melalui jualan amal ini.

Lanjut...

3. INFO TERKINI SRAIBBB.

 

Peperiksaan PSRA                                : 22 – 25 September 2008

 

Peperiksaan Akhir tahun 2008 tahun 1 – tahun 5

                 Akademik                                 : 13hb – 17hb Oktober 2008                  Agama                                       : 20hb – 23hb Oktober 2008

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Blok A SRAIBBBEmail kepada rahim@infrapesona.com.my/ Tel : 019-6633720 untuk maklumat lanjut

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 

“Pendidikan Di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketrampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat Negara”

 

FALSAFAH PENDIDIKAN JAIS

 

“ Suatu usaha berterusan ke arah membina potensi individu ilmu Allah bagi melahirkan masyarakat islam yang berilmu, Dan berketrampilan , berakhlak mulia , maju dan mampu bersaing sepanjang zaman.

 

MATLAMAT PENDIDIKAN JAIS

 

“ Melahirkan masyarkat Islam yang berilmu , berakhlak mulia , berketrampilan dinamik dan diredhai Allah S.W.T

 

LATAR BELAKANG SRAIBBB

 

Sekolah Agama Bandar Baru Bangi ( SABBB )  ditubuhkan pada tahun 1982  atas usaha  penduduk di Bandar Baru Bangi atas kesedaran dan keprihatinan tentang institusi pendidikan berorientasikan agama Islam. Pengurusan dan pentadbiran sekolah telah dikelolakan oleh warga pendidik profesional yang terdiri dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Maktab Perguruan Islam (MPI) bermula pada tahun penubuhannya sehingga tahun 1991. Sekolah Agama Bandar Baru Bangi ini telah dirasmikan pada 2 September 1990 dan Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Muhammad Bin. Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Pada tahun 1992, SABBB telah diambil oleh pihak kerajaan negeri dibawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan penggunaan SABBB telah ditukar kepada Sekolah Rendah Agama, Bandar Baru Bangi (SRABBB). SRABBB telah dipilih menjadi sebuah sekolah pilot JAIS yang dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Integrasi iaitu pada awal tahun 2000. Terdapat 6 buah kelas telah dibuka dan mempunyai lebih 100 orang pelajar dengan 15 orang tenaga pengajar dalam berbagai bidang dan sehingga kini kelas integrasi ada sebanyak 24 kelas dengan seramai 970 orang murid / 70 orang tenaga pengajar .

Text Box: Ada bahan/ rencana/ idea / Pendapat/ Cadangan membina atau apa saja untuk dimuatkan dalam laman web SRAIBBB?
Emailkan kepada ict@sraibbb.com.my/ rahim@infrapesona.com.my
Text Box: PERTANYAAN LANJUT?
Email ke enquiry@sraibbb.com.my
IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA DI SINI - Hubungi Rahim (019-6633720) untuk maklumat lanjut - Bayaran iklan akan dimasukan ke dalam tabung PIBG Sekolah.