SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI BANDAR BARU BANGI

BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN

SEJARAH PENUBUHAN SRAIBBB

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

 

Sekolah Agama Bandar Baru Bangi ( SABBB ) telah ditubuhkan pada tahun 1982. Penubuhan ini adalah atas usaha yang telah disuarakan oleh pihak penduduk di Bandar Baru Bangi dia atas kesedaran dan keprihatinan mereka tentang institusi pendidikan berorientasikan pendidikan agama Islam yang perlu diwujudkan dikawasan Bandar Baru Bangi ini.

Pengurusan dan pentadbiran sekolah telah dikelolakan oleh warga pendidik profesional yang terdiri dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Maktab Perguruan Islam (MPI) bermula pada tahun penubuhannya sehingga tahun 1991.

Pada ketika itu, bangunan sekolah terletak di Jalan 6c/9, Bandar Baru Bangi dan memperolehi pelajar seramai hampir 80 orang dan tenaga pengajarnya pula seramai 3 orang. Guru Besar pada ketika itu adalah Ustaz Ghazali Awang yang telah dianugerahkan segulung ijazah dari UKM.

 

PERKEMBANGAN SEKOLAH

 

Bermula dari tahun 1992 sehingga tahun 1985, Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Bangi mula berkembang maju dengan menerima murid seramai lebih daripada 250 orang pelajar. Ekoran daripada itu, penempatan belajar dibuat di Surau Al-Um dan Surau An-Nur bagi menampung jumlah murid yang begitu ramai ketika itu. Walau bagaimanapun, usaha pendidikan ini masih tetap diteruskan dan diperluaskan bagi memberikan pendidikan agama Islam yang secukupnya kepada anak – anaknya masyarakat setempat.

Pada tahun 1985, SABBB telah menerima seorang guru besar baru iaitu Ustaz Mazlan B. Abdullah. Pada ketika itu, penempatan pelajar telah dipisahkan iaitu sebahagian murid – murid ditempatkan di Masjid UKM. Berikutan peningkatan jumlah penduduk sekitar, maka peningkatan bilangan murid juga bertambah iaitu kepada 1050 orang pelajar dan tenaga pengajarnya pula adalah seramai 20 orang.

Pada tahun 1989 pula, sebahagian murid telah ditumpangkan di Sekolah Kebangsaan Jalan 2, Bandar Baru bangi sehingga tahun 1996. dan pada akhir 1989, SABBB telah berpindah ke bangunan tetap mereka di Jalan Kemajuan, Bandar Baru Bangi. Pada ketika itu, Ustazah Tahirah Bt. Ahmad telah dilantik untuk menjadi Guru Besar sehingga tahun 1991

Sekolah Agama Bandar Baru Bangi ini telah dirasmikan pada 2 September 1990 dan Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tan Sri Muhammad Bin. Muhammad Taib, Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Pada tahun 1992, SABBB telah diambil oleh pihak kerajaan negeri dibawah pengurusan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan penggunaan SABBB telah ditukar kepada Sekolah Rendah Agama, Bandar Baru Bangi (SRABBB) dan pada ketika itu, Ustaz Jamil B. Ismail telah dipertanggungjawabkan menjadi guru besar sehingga tahun 1993.

Pertambahan pelajar telah mencecah kepada 1086 pada tahun 1994 dan 1995 dengan tenaga pengajarnya seramai 21 orang guru. Perkara ini telah menyebabkan pihak sekolah mengadakan 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang. Jawatan guru besar pada ketika itu disandang oleh Ustaz Ruzmi Rawi.

Pada tahun berikutnya iaitu pada tahun 1996 dan 1997, tenaga pengajar bertambah seramai 25 orang dan guru besar pada ketika itu ialah Ustaz Bong Saleh B. Adnan. Manakala pada tahun 1997, jawatan guru besar SraBBB telah ditukar dan diganti dengan guru besar baru iaitu. Ustzh. Siti Mariam Bt. Asaat. Beliau mempunyai pengalaman dalam profesion perguruan lebih daripada 12 tahun berkhidmat. Dan pada ketika itu tenaga pengajar seramai 25 orang. Bilangan pelajar pada ketika itu adalah seramai 1010 orang pelajar keseluruhannya

Pada tahun yang sama, SRABBB telah dipilih menjadi sebuah sekolah pilot JAIS yang dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Integrasi iaitu pada awal tahun 2000. Terdapat 6 buah kelas telah dibuka dan mempunyai lebih 100 orang pelajar dengan 15 orang tenaga pengajar dalam berbagai bidang dan sehingga kini kelas integrasi ada sebanyak 24 kelas dengan seramai 970 orang murid / 70 orang tenaga pengajar .

PENTADBIRAN 1982-2008

 

NAMA

TAHUN

01

USTAZ GHAZALI

BIN AWANG

( KETUA GURU )

 

1982 – 1985

02

USTAZ MAZLAN

BIN ABDULLAH

( KETUA GURU )

 

1985 – 1989

03

USTAZAH TAHIRAH

BT. AHMAD

( KETUA GURU )

 

1990 – 1991

04

USTAZ JAMIL

BIN ISMAIL

( GURU BESAR )

 

1992 – 1993

05

USTAZ RUZMI

BIN MAT RAWI

( GURU BESAR )

 

1994 – 1995

06

USTAZ BONG SALEH

BIN ADNAN

( GURU BESAR )

 

1996 – 1997

07

USTAZAH MARIAM

BT.ASAAT

( GURU BESAR )

 

1998 - 2007

08

USTAZAH MARIJAH

( GURU BESAR )

 

2007 - SEKARANG