


|
SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI BANDAR BARU BANGI |
|
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN |






|
Jualan amal pibg-sraibbb |
|
Tempahan boleh dilakukan dengan : 1. Isi borang yang disediakan dan hantar ke pejabat SRAIBBB 2. Email ke ict@sraibbb.com.my |
|
PIBG SRAIBBB pibg@sraibbb.com.my www.sraibbb.com.my
|
|
MAKLUMAT LANJUT |
|
Dapatkan CD aplikasi Al-Quran dan Hadis yang mengandungi aplikasi-aplikasi menarik untuk penghayatan dibulan Ramadhan ini. Terdapat lima aplikasi menarik dan satu aplikasi percuma untuk kegunaan harian dalam mendalami dan menghayati ilmu Islam.
|
|
Jualan amal bertujuan untuk menambah tabung PIBG bagi pembangunan sekolah. Sebagaimana sedia maklum PIBG memerlukan bantuan kewangan untuk membantu meningkatkan taraf kemudahan sekolah dan memberikan keselesaan kepada anak-nanak kita menimba ilmu pengetahuan. |
|
Mengandungi doa-doa daripada ayat-ayat al-Quran. Sesuai untuk amalan harian. |
|
Aplikasi yang dibina khas untuk tujuan memudahkan anda menghafal surah Sajdah, meliputi bacaan, ulangan, baca semula dan tulis. Dikepilkan juga makna dan hadis berkaitan |
|
Dengan paparan yang jelas, Sofhatul Quran amat sesuai untuk bacaan Al-Quran pada bila-bila masa. Tulisan boleh dibesarkan atau dikecilkan dan boleh dicetak sekiranya perlu. Sofhatul Quran mengandungi surah-surah Juz ke 30. |
|
Juz A’mma Mua’lim adalah aplikasi untuk bacaan Al-Quran dengan kaedah turutan bacaan sebagaimana murid sedang belajar daripada gurunya,. Amat sesuai untuk memperbetulkan sebutan dan makhraj bacaan. |
|
Himpunan 40 Hadis An-Nawawi yang mashur, untuk panduan dan amalan harian. Lengkap dengan makna dan bacaan untuk kemudahan anda. |
|
Aplikasi bacaan Al-Quran dari Ahdaf.net. Aplikasi ini adalah percuma daripada Ahdaf.net dalam usaha untuk mengembangkan syiar Islam. Semoga kita mendapat manfaat danmemanfaatkanya kepada orang lain. |
